Thursday, February 17, 2022

SAMBUTAN JUBLI EMAS : ALUMNI POLITEKNIK UNGKU OMAR LANCAR DANA

 

Bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Malaysia, Persatuan Alumni Politeknik UNgku Omar (PUO) telah melancarkan Dana Ungku Omar pada majlis makan malam bersempena sambutan itu di Ipoh. Dana ini akan menaungi tiga tabung utama di bawah Politeknik Ungku Omar iaitu Tabung Amanah Zakat, Tabung Wakaf dan Tabung Pembangunan Pusat Islam. Dana ini akan menjadi platform untuk warga PUO, alimni, individu, agensi kerajaan dan korporat menyumbang ke arah kelestarian pendidikan melalui medium tabungan yang patuh syariah.


Penyampaian Anugerah Ikon Alumni Politeknik Malaysia turut diadakan semalam iaitu Ikon Alumni Sektor Awam dan Kerajaan, Ikon Alumni Keusahawanan, Ikon Alumni Selebriti, Ikon Alumni Sukan, Ikon Alumni Sukan (Kurang Upaya), dan Ikon Alumni Keusahawanan (Kelainan Upaya).

Ikon Alumni Sektor Awam dan Kerajaan dianugerahkan kepada Ketua Polis kedah, Dato' Zainuddin Yaacob manakala Yang Dipertua Persatuan Alumni PUO, Ir. Mazelan Mansor menerima anugerah Ikon Alumni Keusahawanan. Pelawak terkenal Acey Bocey pula menerima anugerah Ikon Selebriti. Manakala Ikon Alumni Sukan menjadi milik ' Malaysia Rock Climber' Mohamad Redha Rozlan.

Bagi kategori kelainan upaya, anugerah Ikon Keusahawanan (Kelainan Upaya) menjadi milik Nik Mohd Tarmiza Nik Mohd Noor dan Ikon Alumni Sukan (kelainan Upaya) dianugerahkan kepada pemain bola keranjang paralimpik negara, Ahmad Nazri Hamzah.


Majlis itu dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan KOlej Komuniti (JPPKK), YBhg, Prof Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz.




Wednesday, February 16, 2022

PERTINDIHAN DALAM TVET PERLU DIATASI SEGERA

 

IPOH : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu pertindihan melibatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) seperti sistem pendidikan berbeza mengikut kementerian perlu diatasi bagi memastikan ia diperkasa. Beliau berkata berdasarkan struktur sedia ada, terdapat enam kementerian melaksanakan TVET mengikut sistem pendidikan masing-masing iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan. Turut melaksanakan TVET adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Pertindihan yang merangkumi sistem pendidikan, pensijilan, kekangan dana pembangunan serta ketidaktentuan nasib graduan TVET adalah antara cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan," katanya. Dr Wan Azizah menyatakan demikian ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Malaysia di Politeknik UNgku Omar (PUO) disini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Pemilihan PUO sebagai tuan rumah sambutan dibuat kerana ia merupakan politeknik pertama di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1969. Mernjelas lanjut, timbalan perdana menteri berkata Jawatankuasa Pemerkasaan TVET yang diumumkan penubuhannya oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada November lepas diharap dapat memberi impak positif dalam menangani isu pertindihan itu. "Jawatankuasa ini diharapkan dapat melaksanakan penyelarasan dan rasionalisasi merangkumi governan, penjenamaan, kualiti, industri dan pembiayaan," katanya.

Selain itu, Dr Wan Azizah berkata bagi memperkasakan program TVET, peranan industri perlu dipertingkatkan kerana fasiliti dan perkhidmatan pendidikan yang mantap tidak akan memberi makna tanpa penglibatan pihak berkenaan. Katanya adalah menjadi harapan kerajaan agar pihak industri dapat terlibat dengan lebih aktif supaya teknologi terkini boleh dikongsi bersama terutama dengan politeknik Malaysia.

"Pihak industri perlu sentiasa berkomunikasi dengan institusi TVET berkenaan keperluan tenaga kerja agar tidak berlaku percanggahan ataupun ' mismatch' antara keperluan industri dan graduan yang dihasilkan. "Saya menyarankan politeknik terus memperkasakan aktiviti kolaborasi bersama pihak industri melalui konsep kilang pengajar dengan menambah menglibatan industri ke dalam politeknik di dalam pelbagai bidang," katanya sambil menambah konsep itu akan melibatkan perantisan, pembelajaran berasaskan kerja serta belajar dan mendapat pendapatan.

sumber BERNAMA





PIHAK INDUSTRI, INSTITUSI TVET PERLU TINGKAT KOLABORASI :TPM

 

IPOH - Pemain industri digesa sentiasa berkomunikasi dengan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) berhubung keperluan tenaga kerja di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu bagi mengelak berlakunya percanggahan atau mismatch di antara keperluan industri dan graduan yang dihasilkan.


Menurutnya, perkara itu juga selari dengan harapan kerajaan yang mahu melihat pihak industri terlibat lebih aktif supaya teknologi terkini dikongsi bersama terutama di politeknik. "Sebelum ini pun sudah ada kerjasama seperti ini, cuma kita mahu beri penekanan yang lebih, saya difahamkan kolaborasi dengan pihak-pihak industri ini membolehkan mereka membuat latihan diserap secara terus.


"Contohnya chef, saya dimaklumkan ada yang dibawa hingga ke pertandingan seperti di Rusia pada 2020 nanti dan mereka ini memang dicari oleh hotel-hotel untuk dijadikan pekerja," latanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) hari ini.


Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Sementara itu dalam ucapannya, Wan Azizah menyarankan agar politeknik terus memperkasakan aktiviti kolaborasi bersama pihak industri melalui konsep teaching factory dengan menambah penglibatan industri di dalam pelbagai bidang.

Katanya selain melibatkan apptenticeship, work-based learning dan learn and earn, konsep itu juga merangkumi industri education centre, dimana pihak industri sendiri akan menjalankan sebahagian daripada proses di politeknik dan pelajar dapat merasai suasana industri sebenar di kampus.






SEKITAR SAMBUTAN JUBLI EMAS POLITEKNIK

 

Sejak kewujudan Politeknik bermula penubuhannya pada 1969. Politeknik yang terkenal dengan pendidikan TVET telah pun menghasilkan kira-kira setengah juta graduan yang memberi kesan positif kepada ekonomi industri tempatan khususnya dalam bidang kejuruteraan dan perkhidmatan.


Sehingga kini terdapat 36 buah politeknik berjaya diwujudkan sejak penubuhannya dimana Politeknik Ungku Omar merupakan politeknik tertua dan pertama ditubuhkan dan disertai hampir 102 buah Kolej Komuniti. Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia pada 7 April 2019 di Politeknik Ungku Omar (PUO) telah disempurnakan oleh Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.




SAMBUTAN JUBLI EMAS POLITEKNIK MALAYSIA

 

Politeknik Malaysia mencatat sejarahnya apabila menyambut jubli emas sempena 50 tahun penubuhannya. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail berkata politeknik telah berjaya melahirkan ramai tokoh ternama. "Politeknik merupkan ejen perubahan yang signifikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara.

"Dengan terbinanya 36 buah politeknik di negara ini, saya dapat melihat kejayaan besar sepanjang 50 tahun penubuhannya dalam bersama-sama membangunkan negara," ujarnya semasa berucap menyempurnakan Majlis Sambutan 50 Tahun Jubli Emas politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak hari ini.

Turut hadir bersama YB Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz.

Dalam pada itu, YB Puan Teo berkata politeknik dan kolej komuniti telah melahirkan lebih 500,000 graduan dan lebih 100,000 pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam sistem satu-satu masa.


"Ini menunjukkan masyarakat khususnya ibu bapa percaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat menyediakan pelajar untuk kerjaya yang memerlukan kepakaran dalam kemahiran tertentu," ujarnya pada majlis yang sama. Kini terdapat 36 buah politeknik dan 102 buah kolej komuniti di seluruh negara.





SAMBUTAN JUBLI EMAS : ALUMNI POLITEKNIK UNGKU OMAR LANCAR DANA

  Bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Malaysia, Persatuan Alumni Politeknik UNgku Omar (PUO) telah melancarkan Dana Ungku Oma...